Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya' bersama E.S.H dan Datin Rita Sosilawati

Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya' bersama E.S.H dan Datin Rita Sosilawati
Sempena bulan Ramadan ini dan bulan Syawal yang bakal kunjung tiba, semua orang berebut-rebut untuk hulurkan bantuan dan ringankan beban terutama sekali kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan musibah banjir di Pantai Timur yang mengakibatkan mangsa yang terlibat kehilangan harta-benda dalam sekelip mata. Bukan itu sahaja, musibah banjir juga telah melanda beberapa negeri termasuklah Klang Valley. Mengenang nasib mereka yang terlibat, pihak E.S.H Electrical Sdn. Bhd. telah melantik Datin Rita Sosilawati sebagai duta Raya E.S.H sekaligus melancarkan program CSR mereka iaitu 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya'.


Majlis pelancaran kempen CSR telah diadakan di Bangsar Shopping Centre. E.S.H Electrical Sdn Bd merupakan pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur. Datin Rita Sosilawati telah dilantik sebagai duta Raya E.S.H dan akan bekerjasama dengan pihak E.S.H Electrical dalam melaksanakan Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya'. Program ini diwujudkan selaras dengan semangat untuk bersedekah di bulan mulia penuh keberkatan iaitu Ramadan sekaligus menyebarkan kebaikan dalam membantu mereka yang memerlukan. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang telah melanda baru-baru ini. E.S.H Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada kira-kira 200 keluarga yang terjejas.


Datin Rita Sosilawati tampil membantu dalam menyediakan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk keluarga-keluarga terbabit. Keperluan asas ini amat penting dalam membantu mereka untuk menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka puasa. Tiada keluarga yang harus kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang mulia ini, dengan itu kempen CSR sebegini diharapkan dapat meringankan beban dan kesulitan mereka.


Sebagai sebahagian daripada Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya', Datin Rita Sosilawati telah mewakili kedua-dua pihak dan melawat kedua-dua Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga yang terlibat dan mengagihkan barangan tersebut kepada mereka dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala).


Kempen ini akan dilancarkan secara rasmi di outlet E.S.H Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar   Shopping Centre. Orang ramai yang berminat untuk dapatkan maklumat lanjut tentang kempen "Bersama Menyamarakkan Keihklasan di Hari Raya" ini , bolehlah berkunjung ke outlet E.S.H Bangsar Shopping Centre. Untuk mereka yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang kampung yang terlibat dan berhasrat untuk turut tampil membantu, boleh hubungi kaunter khidmat pelanggan E.S.H. 


Apapun, di kesempatan ini aku nak ucapkan sekalung tahniah kepada pihak E.S.H Electrical Sdn Bhd atas inisiatif baik dalam membantu mangsa banjir dan mereka yang memerlukan di bulan mulia Ramadan ini dan menjelang Syawal yang bakal kunjung tiba tak lama lagi. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Datin Rita Sosilawati atas perlantikan beliau sebagai Duta Raya E.S.H. Semoga terus sukses dan maju jaya!



This article is brought to you by 
  • Trusted Shipping Partners
  • Secure Payment Gateway
  • 100% Customer Satisfaction
  • Genuine Product Guarantee
You have successfully subscribed!
This email has been registered